Definisi pemulihan mengikut kamus dewan edisi terbaharu bermaksud dipulihkan . Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai pelbagai jenis insan yang bernama manusia , ada yang normal ,dan ada juga yang kurang berkeupayaan dari segi fizikal dan mental . Begitu juga dengan setiap sekolah di Malaysia sudah pasti terdapat pelbagai jenis murid – murid yang ada di sekolah tersebut ,antaranya adalah murid – murid pendidikan pemulihan . Murid – murid pendidikan pemulihan sememangnya mempunyai ciri – ciri yang sangat berbeza dari segi keupayaan mentalnya .berbanding murid – murid normal yang lain .
Walaupun secara dasar atau secara kasarnya murid – murid pendidikan pemulihan ini merupakan murid – murid yang normal dari segi fizikal tetapi mereka agak lambat dari segi pembelajaran . Mereka tidak boleh seiring belajar dengan pelajar normal yang lain Oleh itu adalah penting bagi guru pemulihan itu mengenal pasti ciri – ciri fizikal dan keupayaan kognitif murid- murid ini supaya mereka dapat diberikan layanan dan pelajaran yang sesuai dengannya . Melalui pemerhatian dan rujukan daripada guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini ,maka dapat disenaraikan beberapa ciri – ciri murid pendidikan pemulihan ini diantaranya adalah :
Pemalu
Rendah diri
Pendiam
Kesediaan belajar
Selalu tidak hadir disekolah
Takut mencuba
Bergantung pada guru pemulihan
Sosial
Penampilan yang kurang kemas
Sikap pemalas ketika berada berada dalam kelas pemulihan
Pengamatan .